CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 6, 2009

HMT329-sebutan gong xi fa chai

Sebutan Gong Xi Fa Chai:
1.Gung Hi Fat Chai (Hakka)
2.Gong Xi Fa Chai (Mandarin)
3.Gung Hei Fat Chain (Kantonis)

Thursday, February 5, 2009

HMT329-Konsep Milik/Punya

Pendahuluan
Tugasan ini akan membincangkan mengenai konsep “milik/punya” yang terdapat dalam sesuatu dialek. Dialek-dialek yang terlibat dalam tugasan ini adalah dialek Hokkien, Mandarin, Bahasa Melayu Standard dan dialek Johor. Tujuan tugasan ini adalah untuk membandingkan penggunaan konsep “milik/punya” dalam keempat-empat dialek tersebut.

Analisis

Berdasarkan data di atas, kami mendapati bahawa terdapat perbezaan dan persamaan dalam penggunaan konsep “milik/punya” dalam dialek yang dikaji. Ayat 1 di atas menunjukkan persamaan penggunaan konsep “milik/punya” dalam dialek yang dikaji. Di mana leksikal ‘kepunyaan’ dalam ayat 1 bahasa melayu standard masih dikekalkan penggunaanya apabila penutur-penutur dialek tersebut mengujarkannya. Konsep ‘kepunyaan’ boleh digantikan dengan ‘orang punya’, ‘de’ dan ‘ai’ dalam dialek-dialek di atas yang ditunjukkan dalam tulisan warna merah.
Manakala unsur perbezaan dapat dilihat dalam ayat 2,3 dan 4. Dalam bahasa Melayu standard dan dialek Johor, penggunaan konsep milik boleh digugurkan tetapi maksudnya masih tidak berubah. Namun begitu, penggunaan konsep “milik/punya” dalam bahasa Mandarin dan dialek Hokkien perlu digunakan untuk menunjukkan konsep milik tersebut. Hal ini kerana sekiranya konsep milik itu tidak dinyatakan semasa mengujarkan sesuatu ayat, makna ayat tersebut akan berbeza atau tidak mempunyai makna.
Selain daripada itu, berlakunya perbezaan dari segi hukum D-M dalam bahasa Melayu Standard. Di mana, unsur yang menerang mendahului unsur yang diterangkan dalam bahasa Mandarin dan dialek Hokkien dalam keempat-empat ayat di atas.

Kesimpulan
Kesimpulannya, setelah kami melakukan perbandingan, kami mendapati bahawa wujudnya unsur persamaan dan perbezaan penggunaan konsep “milik/punya’ dalam dialek yang dikaji.



Ahli Kumpulan
Nur Liyana Kamarudin, 16
Wong Siet Li, 29

Sunday, February 1, 2009

HMT329-Lagu Untukmu(MUH)

Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah
Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kuingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

sumber: http://www.jiwang.org/portal/modules/liriklagu/liriklagu-comm.php?id=14557

Perbandingan Kontrastif Makna
Lagu Untukmu- lagu yang disampaikan ini boleh memberi makna lagu untuk pendengar lagu ini, peminat-peminat Meet Uncle Hussein (MUH) dan boleh juga kepada individu-individu yang terlibat dengan kumpulan tersebut.

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Mengikut tafsiran yang dapat saya buat, rangkap tersebut membawa maksud tiada yang dapat menenangkan hati yang telah terluka. Namun, walaupun begitu mereka tetap tidak akan mudah mengalah kerana mereka yakin dengan keupayaan mereka sendiri.

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Tafsiran saya pada rangkap ini adalah ia menggambarkan keadaan sebenar yang telah berlaku kepada kumpulan MUH sendiri di mana mereka berhadapan dengan pelbagai rintangan daripada pihak-pihak yang mengambil kesempatan ke atas kehadiran mereka sebagai orang baru dalam bidang seni.

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kuingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Tafsiran saya pada rangkap tersebut adalah menunjukkan bahawa MUH sudah banyak bersabar dengan semua yang telah mereka hadapi, mereka mula melakukan perubahan untuk menjadi lebih baik tanpa perlu bergantung harap pada pihak-pihak yang sebelum ini tidak membantu memajukan kumpulan mereka.

Tafsiran yang dibuat ini adalah berdasarkan pengetahuan saya sedikit sebanyak tentang kumpulan MUH ini. Mungkin pendengar lain mempunyai tafsiran yang berbeza dengan saya.