Lagu Untukmu
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah
Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kuingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
sumber: http://www.jiwang.org/portal/modules/liriklagu/liriklagu-comm.php?id=14557
Perbandingan Kontrastif Makna
Lagu Untukmu- lagu yang disampaikan ini boleh memberi makna lagu untuk pendengar lagu ini, peminat-peminat Meet Uncle Hussein (MUH) dan boleh juga kepada individu-individu yang terlibat dengan kumpulan tersebut.
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Mengikut tafsiran yang dapat saya buat, rangkap tersebut membawa maksud tiada yang dapat menenangkan hati yang telah terluka. Namun, walaupun begitu mereka tetap tidak akan mudah mengalah kerana mereka yakin dengan keupayaan mereka sendiri.
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah
Tafsiran saya pada rangkap ini adalah ia menggambarkan keadaan sebenar yang telah berlaku kepada kumpulan MUH sendiri di mana mereka berhadapan dengan pelbagai rintangan daripada pihak-pihak yang mengambil kesempatan ke atas kehadiran mereka sebagai orang baru dalam bidang seni.
Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kuingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Tafsiran saya pada rangkap tersebut adalah menunjukkan bahawa MUH sudah banyak bersabar dengan semua yang telah mereka hadapi, mereka mula melakukan perubahan untuk menjadi lebih baik tanpa perlu bergantung harap pada pihak-pihak yang sebelum ini tidak membantu memajukan kumpulan mereka.
Tafsiran yang dibuat ini adalah berdasarkan pengetahuan saya sedikit sebanyak tentang kumpulan MUH ini. Mungkin pendengar lain mempunyai tafsiran yang berbeza dengan saya.
Sunday, February 1, 2009
HMT329-Lagu Untukmu(MUH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment