CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 9, 2009

::diarihmt329::pengamatan2::

Kuliah Jumaat, 9/1/09
Objektif P&P : Pelajar boleh melakukan analisis kontrastif pada tahap semantik.
Pengenalan : Analisis kontrastif secara umumnya adalah membuat perbandingan antara suatu unsur x dengan unsur y. perbandingan ini dilakukan dengan melihat kepada persamaan serta perbezaan yang wujud antara unsur-unsur yang diperbandingkan.

Contoh Data :
Analisis Kontrastif antara Dr. M dan Pak Lah pada tahap semantik.

Dr. M

(Sya)
(a) kepimpinannya dikagumi
(b) semasa pentadbirannya bina bangunan KLCC
(c) lebih fokus kepada ekonomi negara
(d) berpandangan jauh

(Nik)
(e) keputusan Dr. M pada masa dulu, dapat lihat kesannya hingga hari ini
(f) pemimpin yang adil
(g) banyak jalinkan hubungan diplomatik
(h) bawa banyak perubahan sampai negara luar anggap Malaysia negara yang bagus

(Aini)
(i) pemimpin yang guna otak pada tahap peratusan yang tinggi dalam berfikir
(j) pemikiran beliau dikagumi
(k) tak takut pada kritikan walaupun dikutuk kerana rasa apa yang dilakukan itu betul
(l) boleh jangka apa yang akan berlaku pada masa depan

Pak Lah

(Sya)
(a) pencetus kepada Islam Hadhari
(b)kepimpinan lebih kepada “Islamic way”
(c) -
(d) -

(Nik)
(e) keadaan politik negara tak stabil semasa pimpinan beliau
(f) walaupun dicela, Pak Lah masih yakin dan berani untuk teruskan kepimpinan dan mampu bertahan
(g) buat Perkampungan Hadhari di Terengganu
(h) mementingkan Islam daripada pemimpin yang lain

(Aini)
(i) seorang yang sangat baik
(j) walaupun dikutuk tetap bersabar, tak balas kutukan
(k) hadapi banyak dugaan semasa memimpin negara
(l) Islam Hadhari diperkenalkan

Seterusnya, dari data Dr. M & Pak Lah itu tadi…buat analisis kontrastif…

(a) dari segi fokus pimpinan, Dr. M lebih fokus pada ekonomi manakala Pak Lah fokus pada Islam
(b) Dr. M memimpin lebih lama dari Pak Lah
(c) kedua-dua pemimpin ini penyabar dan tabah
(d) hasil dari kepimpinan Dr. M lebih terserlah
(e) Dr. M bina KLCC, Pak Lah bina Perkampungan Islam Hadhari

Untuk makluman ;

Untuk membuktikan samada analisis yang dilakukan ini benar @ tidak, samada fakta @ auta…perlu rujuk bahan-bahan yang telah diterbitkan.

Pembuktian ini akan disambung selepas saya balik dari perlawanan bola jaring nanti ye….
hehehehe

0 comments: