CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 16, 2009

::pengamatanHMT329::16jan09

Pengamatan kuliah 16 Jan 09

Kuliah diteruskan dengan konkordans lagi.
Kali ini, Dr Radiah menerangkan cara-cara untuk “_cuci” & “_cuci_underscore”.
Semua pelajar HMT329 diminta untuk membuka laman Bernama dan mencari artikel yang menarik dan perlu dipastikan bahawa artikel yang dipilih setiap pelajar adalah berbeza.
Pada mulanya, Dr Radiah kemudian menyuruh semua pelajar melakukan sendiri @ mempraktikkan kembali perkara yang telah diajar dalam kuliah 15 Jan 09.
Setelah itu, Dr menerangkan berkenaan dengan “cuci_underscore”. Di mana, hanya KNKhas & KNMajmuk sahaja yang akan diletakkan simbol “_”. Contohnya seperti "Dr._Mahathir pergi ke Institut_Jantung_Negara semalam".

Setelah semua pelajar dapat melakukan kesemua langkah tersebut dengan pemerhatian dan bantuan Dr. Radiah, kuliah diteruskan dengan pemberian tajuk tugasan berkumpulan yang perlu dihantar pada Isnin, 19 Jan 2009.

Tajuk Tugasan : Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna untuk Aspek Kata Relatif dalam Berita …… & ……

Tugasan ini perlulah mengandungi
-pendahuluan
-tujuan
-kaedah
-data & analisis
-penutup
-rujukan

Untuk tugasan ini, saya bekerjasama dengan 2 orang ahli yang lain iaitu Siti Fatimah Noor & Mohd Khusairi.

0 comments: